Site icon TechNave BM

10 negeri boleh bayar zakat fitrah secara ‘online’ melalui MyEG

Terkini, MY E.G. Services Bhd (MyEG) mengumumkan bahawa rakyat di beberapa negeri terlibat boleh melunaskan zakat fitrah secara dalam talian melalui laman web MyEG. Laman web ini menjadi sebuah platform pembayaran zakat fitrah secara dalam talian berikutan kerjasama penyertaan beberapa agensi zakat.

Enam agensi zakat yang baru sahaja mengambil bahagian dalam platform pembayaran MyEG adalah dari negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Sabah dan Sarawak, menambah bilangan negeri yang ikut serta terdahulu. Urusan pembayaran zakat fitrah boleh dibuat melalui pautan Zakat MyEG. Sebagai makluman, pembayaran zakat fitrah boleh mula dilakukan bermula 1 Ramadhan (24 April 2020) hingga akhir Ramadhan (23 Mei 2020).

Anda boleh menggunakan kalkulator zakat di MyEG untuk pengiraan zakat. Untuk pengetahuan anda, kadar pembayaran zakat fitrah mengikut negeri adalah seperti berikut:

Setakat ini, hanya negeri yang dinyatakan di atas sahaja yang membuka ruang untuk warganet melunaskan pembayaran zakat fitrah melalui MyEG. Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi MyEG di talian 03-7801 8888 atau e-mel help@myeg.com.my. MyEG juga boleh dihubungi melalui laman media sosial Facebook dan Twitter.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi semasa dari dalam dan luar negara.

Sumber: BERNAMA | MyEG

Exit mobile version