Site icon TechNave BM

10 siri Netflix yang paling disukai rakyat Malaysia

Tahun 2020 bakal menjengah tidak lama lagi. Baki tahun 2019 dipenuhi dengan ulang kembali perkara yang telah berlaku, memori dan sebagainya. Netflix mengulang kembali kenangan tahun 2019 mereka untuk tontonan anda pada tahun 2020 dengan menyenaraikan 10 siri paling popular pada tahun 2019.

Apa yang menariknya di sini adalah senarai ini memperlihatkan bahawa rakyat Malaysia menggemari siri aksi berbanding siri cinta. Apa pun, senarai ini hanya melibatkan siri yang diproduksikan oleh Netflix sahaja.

6 Underground yang menduduki tangga pertama menampilkan Ryan Reynolds sebagai pelakon utama siri aksi berkenaan. The Witcher yang baru sahaja dipertontonkan umum menduduki tangga ketiga. Siri The Witcher yang menampilkan Henry Cavill telah tular dalam media sosial di Malaysia sejak minggu lalu.

Apakah siri atau filem Netflix kegemaran anda? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita gaya hidup teknologi terkini.

Exit mobile version