Site icon TechNave BM

100,000 unit Redmi K40 Game Enhanced Edition terjual dalam masa 1 minit sahaja!

Baru-baru ini, Xiaomi telah melancarkan telefon gaming Redmi yang pertama iaitu Redmi K40 Game Enhanced Edition. Telefon gaming ini hadir dengan cipset Dimensity 1200, storan UFS 3.1, RAM LPDDR5, pengecasan pantas 67W, teknologi penyejukan Vapor Chamber dan macam-macam lagi.

Dengan spesifikasi hebat seperti ini, ianya tidak pelik jika peranti ini menjadi antara yang terhangat masa kini. Mengikut Xiaomi, peranti ini telah terjual sebanyak 100,000 unit dalam masa satu minit sahaja.

Jualan ini merangkumi kesemua varian memori yang terjual, dari yang paling murah RAM 6GB + storan 128GB sehinggalah edisi khas RAM 12GB + storan 256GB yang hadir dengan tema Bruce Lee. Harga peranti adalah dari 1,999 Yuan (~RM1,265) sehingga 2,699 Yuan (~RM1707).

Selain dari spesifikasi yang disebut di atas, peranti ini juga hadir dengan pembesar suara stereo yang ditala oleh JBL, butang tambahan di bahu telefon dan tiga kamera dengan lampu LED berbentuk kilat.

Redmi K40 Game Enhanced Edition ini tidak mempunyai Google Mobile Services dan hanya dijual di pasaran China sahaja. Namun, terdapat sumber yang menyatakan ia mungkin akan masuk ke pasaran global dengan nama POCO F3 GT.

Nantikan berita lanjut mengenai kehadiran peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version