Site icon TechNave BM

realme Note 60 rasmi di Malaysia dengan ArmorShell, Mini Capsule 2.0 berharga RM399

realme Malaysia telah melancarkan telefon pintar peringkat permulaan baharu dengan realme Note 60. Ia kini ditawarkan pada harga mampu milik RM399. Jualan pertama akan bermula pada 29 November 2024 di semua kedai jenama realme, pengedar sah dan platform dalam talian seperti Shopee, Lazada serta TikTok Shop rasmi.

Telefon ini hadir dalam dua pilihan warna seperti Voyage Blue dan Marble Black serta satu konfigurasi memori sahaja iaitu 12/128GB. Dengan reka bentuk Perlindungan ArmorShell, peranti ini menawarkan ketahanan tinggi terhadap lenturan, hentakan, calar, air dan habuk serta hadir dengan penarafan kalis IP64.

realme Note 60 dilengkapi dengan cipset Unisoc T612 okta-teras, skrin LCD IPS 6.74 inci dengan kadar segar semula 90Hz. Untuk fotografi, peranti ini menyertakan kamera utama Super Clear 32MP manakala bateri berkapasiti besar 5,000mAh. Telefon ini menggunakan sistem operasi realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Spesifikasi lengkap realme Note 60:

Walaupun tidak menyokong rangkaian 5G, realme Note 60 menawarkan slot dwi-SIM. Pembeli turut mendapat waranti 1+1 tahun bernilai RM149 sebagai perlindungan tambahan. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi realme Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan realme Note 60 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version