Shopee Rewards adalah program kesetiaan yang memberikan ganjaran berdasarkan perbelanjaan dan aktiviti pesanan anda di Shopee. Semua pengguna baharu bermula di tahap Klasik dan boleh naik tahap berdasarkan jumlah perbelanjaan serta pesanan yang diselesaikan dalam setiap kitaran enam bulan.
Tahap kesetiaan dan manfaat:
- Klasik: Baucar bernilai hingga RM275 setiap bulan.
- Perak: Baucar bernilai hingga RM500 setiap bulan, termasuk baucar penghantaran percuma tambahan, baucar pulangan tunai, dan ganjaran hari lahir.
- Emas: Baucar bernilai hingga RM1,000 setiap bulan, dengan manfaat tambahan seperti baucar ShopeeFood.
- Platinum: Baucar bernilai hingga RM2,000 setiap bulan, termasuk perkhidmatan pelanggan premium.
Untuk naik tahap, anda mesti memenuhi kedua-dua syarat pesanan minimum dan perbelanjaan minimum. Sebagai contoh, untuk mencapai tahap Perak, anda perlu menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 pesanan dengan perbelanjaan minimum RM500 dalam tempoh enam bulan.
Baucar hari lahir akan dimasukkan ke dalam Dompet Baucar anda tiga hari sebelum bulan hari lahir anda (hanya untuk ahli Perak dan ke atas). Semua baucar dari Program Tahap Kesetiaan akan tamat tempoh dalam bulan yang sama kecuali baucar Hari Lahir yang sah selama 30 hari selepas diterima.
Shopee berhak untuk mengemas kini peraturan kenaikan tahap, pengecualian dan manfaat tanpa notis awal. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel Soalan Lazim Shopee Rewards di Pusat Bantuan Shopee.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Shopee

