Site icon TechNave BM

11th Gen Intel Core S-series dilancar: Barisan cipset baru sehingga Core i9-11900K 5.3GHz

Intel hari ini telah melancarkan pemproses terbaru untuk komputer peribadi iaitu 11th Gen Intel Core S-series yang dibarisi pelbagai jenis cipset, termasuklah cipset andalan Intel Core i9-11900K dengan kelajuan sehingga 5.3GHz yang mampu dijana oleh teknologi Intel Thermal Velocity Boost.

Cipset generasi ke-11 yang diberi kod nama Rocket Lake ini direka dengan senibina Cypress Cove untuk prestasi yang lebih pantas sebanyak 19% berbanding generasi sebelum ini. Ia juga akan dilengkapi pemproses grafik Intel UHD yang direka dengan senibina Intel Xe untuk keupayaan grafik yang lebih tinggi sebanyak 50%.

Cipset Intel 11th Gen juga menyokong memori pantas sehingga DDR4-3200 MHz untuk prestasi gaming dan multi-tugas (multitasking) yang lebih lancar. Ia turut menyokong 20 laluan untuk PCIe 4.0, teknologi Intel Quick Sync Video, Integrated HDMI 2.0, HBR3, hubungan Thunderbolt 4 dan Intel Wi-Fi 6E.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli cipset Intel generasi ke-11 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version