Site icon TechNave BM

12th Gen Intel Core HX dilancar: CPU Intel 16 teras pertama untuk komputer riba berprestasi tinggi

Intel telah melancarkan siri pemproses 12th Gen Intel Core HX (Alder Lake HX) yang bakal menawarkan prestasi gaming dan penciptaan kandungan terpantas dalam komputer riba. Pemproses Intel Core HX ini sudah siap unlocked untuk para pengguna dan akan ditawarkan dalam varian Core i5, Core i7 dan Core i9.

Varian tercanggih iaitu Intel Core i9-12950HX bakal menjadi menjadi cipset komputer riba pertama oleh Intel yang dilengkapi 16 teras, terdiri daripada lapan teras prestasi dan lapan teras kecekapan (efficiency) serta 24 threads.

Sebanyak tujuh varian bakal dilancarkan dalam siri 12th Gen Intel Core HX, iaitu dua Core i5, tiga Core i7 dan dua Core i9. Setiap varian mempunyai jumlah teras prestasi, teras kecekapan dan frekuensi yang berlainan, namun semuanya menggunakan tenaga minimum sebanyak 55W dan tenaga maksimum sebanyak 157W.

Siri cipset ini juga menawarkan 16 haluan PCI Express 5, empat haluan PCI Express 4, sokongan memori DDR5/LPDDR5 sehingga 128GB dan hubungan Intel Wi-Fi 6/6E (Gig+) untuk akses kepada spektrum 6GHz.

Intel turut berkongsi keputusan ujian penanda aras yang telah dilakukan dalam perisian Blender, CrossMark dan Unreal Engine 5.0 bagi menunjukkan perbandingan dengan cipset popular daripada jenama lain.

Untuk prestasi gaming pula, Intel telah berkongsi kadar bingkai (frame rate) untuk beberapa game popular, di mana ia berjaya mencatat kadar sehingga 472fps untuk Rainbow Six Siege.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan siri cipset ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version