Site icon TechNave BM

1More ComfoBuds diumum di Malaysia: Fon telinga wayarles hanya RM189 di jualan 12.12

Jika anda sedang mencari fon telinga wayarles baharu, anda mungkin ingin pertimbangkan fon telinga dari jenama 1More. 1More sebenarnya salah sebuah jenama yang sudah popular di AS dan sudah tiba di Malaysia baru-baru ini. Anda kini boleh mendapatkan 1More ComfoBuds dengan harga hanya RM189 sempena jualan 12.12.

Sepintas lalu, 1More ComfoBuds hadir dengan pemacu dinamik 13.4mm dan mikrofon ENC (Environmental Noise Cancellation) terbina dalam untuk panggilan telefon yang lebih jelas. Dalam satu kali pengecasan, fon telinga ini mampu bertahan sehingga beberapa jam dan ianya turut hadir dengan rating tahan air IPX. Harga RM189 yang ditawarkan sebenarnya agak berpatutan untuk sepasang fon telinga wayarles dengan ciri-ciri sebegini.

Sebagai tambahan, 1More akan melangsungkan jualan 12.12 di Lazada. Untuk pembelian melebihi RM300, anda akan mendapat baucar RM15 semasa daftar keluar (checkout). Produk dengan diskaun adalah seperti di bawah:

Anda boleh ke laman rasmi 1More LazMall Flagship Store untuk membeli produk ini. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version