Site icon TechNave BM

2 aksesori Motorola Edge 30 Ultra tertiris, mungkin tunjukkan pelancaran dalam masa terdekat

Dua aksesori Motorola Edge 30 Ultra baharu iaitu Motorola Smart Stylus dan Folio Case telah muncul dalam talian. Motorola dilaporkan sedang bersiap sedia untuk pelancaran Edge 30 Ultra pada penggal pertama tahun ini. Terdapat juga khabar angin mengatakan ia akan dinamakan Moto Edge X30 untuk pasaran global yang telah dirasmikan di China terlebih dahulu pada 6 Disember 2021.

Sebelum ini, Motorola Smart Stylus dan Folio Case untuk Moto Edge 30 Ultra telah dikongsi oleh XDA Developers pada November lalu. Terdapat imej baharu mengenai stilus dengan sokongan pengecasan wayarles dan boleh disambungkan ke Moto Edge 30 Ultra melalui Bluetooth. Telefon pintar tersebut mungkin akan menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 1.

Selain itu, stilus turut menyokong  gerak isyarat udara, mengawal media dan menulis dalam kotak input teks serta berfungsi sebagai tetikus pada paparan luaran. Ia akan menyambungkan Bluetooth secara automatik apabila pengguna mengeluarkannya daripada sarung penutup. Telefon akan memaparkan status pengecasan sambungan pos stilus dan memberitahu pengguna apabila stilus tidak disimpan dalam sarung penutup untuk masa yang lama.

Motorola Smart Stylus akan dicas secara wayarles apabila disimpan di dalam Folio Case. Paparan Folio Case menunjukkan maklumat status bateri dan panggilan yang terlepas. Paparan Folio Case turut dikatakan bahawa pengguna tidak perlu membuka sarung untuk menolak atau menjawab panggilan. Motorola masih tidak mengeluarkan sebarang butiran mengenai Edge 30 Ultra dan aksesorinya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version