Dua remaja lelaki berusia 18 tahun yang sesat sewaktu mendaki Bukit Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam berjaya diselamatkan selepas berkongsi lokasi mereka melalui aplikasi permesejan WhatsApp.
Menurut wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulang Pinang, sepasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam telah digerakkan ke lokasi yang telah dikongsi oleh mangsa melalui aplikasi WhatsApp pada pukul 1:16 tengah hari. Lima anggota bomba telah terlibat dengan operasi menyelamat ini, serta beberapa orang awam.
Kedua-dua remaja berjaya diselamatkan dan operasi tamat pada jam 4:14 petang. Mereka terus diserahkan kepada penjaga masing-masing tidak lama kemudian.
Terima kasih kepada pihak bomba yang telah bertindak pantas menyelamatkan mereka. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

