Site icon TechNave BM

2 wakil Malaysia menangi anugerah fotografi HUAWEI XMAGE Awards 2025 di Paris

Kami baru-baru ini diberi peluang untuk menghadiri majlis anugerah fotografi antarabangsa HUAWEI XMAGE Awards 2025 yang menyambut bakat-bakat fotografi dari seluruh dunia dengan gambar yang diambil menggunakan peranti-peranti HUAWEI.

Dalam anugerah antarabangsa ini, dua ahli fotografi dari Malaysia berjaya merangkul hadiah dalam kategori “Faces”. Mereka ialah Faizul Hisham dengan gambar bertajuk Men at Work yang diambil menggunakan HUAWEI P60 Pro dan Hazize San dengan gambar bertajuk Innocence in Colours yang diambil menggunakan HUAWEI Mate 20 Pro.

“Innocence in Colours” oleh Hazize San
Men at Work” oleh Faizul Hisham
Faizul Hisham (kiri) dan Hazize San bergambar bersama anugerah yang dimenangi

Dua gambar tersebut telah dipilih oleh HUAWEI untuk dijadikan sebahagian daripada pameran fotografi The World, You and Me yang dianjurkan dalam Paris Photo Fair. Ia diadakan di Grand Palais pada 13 hingga 16 November di Paris, Perancis.

Selain dua individu di atas, beberapa ahli fotografi lain dari Malaysia turut menyertai pertandingan HUAWEI XMAGE Awards 2025 dalam pelbagai kategori seperti “So Far So Close”, “Good Night”, Colour & Shade”, “Faces”, “A Heartwarming World”, “Experimental Lab”, “Storyboard” dan “Action”. Ia telah berlangsung pada 24 Julai hingga 15 September 2025.

Tahniah kepada dua pemenang yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version