Site icon TechNave BM

£20 million (RM106 juta) mungkin dikeluarkan Huawei untuk menarik pembina aplikasi gantian servis Google

Krisis di antara Huawei dan Amerika Syarikat (AS) telah sedia maklum dalam institusi teknologi sedunia. Huawei terdahulu telah menjanjikan Huawei Mobile Services (HMS) sebagai alternatif kepada aplikasi pilihan ramai, Google Mobile Services (GMS).

Terkini, sumber melaporkan bahawa Huawei merancang untuk membelanjakan £20 million (lebih kurang RM106 juta) hanya untuk menarik pembina aplikasi. Hal ini adalah untuk membina aplikasi dalam peranti pintar flagship mereka.

Di sebalik isu ini, sumber juga menyatakan bahawa Huawei masih mampu menjual hampir 7 juta unit peranti 5G pada tahun lepas. Masih ramai dalam kalangan netizen Malaysia juga setia kepada peranti Huawei mereka.

Adakah anda salah seorang pengguna peranti Huawei? Beritahu di laman Facebook kami dan nantikan berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Malaysia. Muat turun aplikasi TechNave di capaian ini untuk kemudahan membandingkan peranti pintar di pasaran Malaysia.

Sumber: cnet | Business Insider

Exit mobile version