Site icon TechNave BM

20 peranti HUAWEI dan HONOR yang bakal terima kemas kini global EMUI 10.1/Magic UI 3.1

Terdahulu, HUAWEI telah mengumumkan EMUI 10.1 melalui siri P40. Seperti yang kita sudah sedia maklum, kemas kini ini bakal menjengah pasaran global. Terkini, HUAWEI telah mengumumkan senarai peranti yang disokong untuk menerima kemas kini EMUI 10.1 secara global.

Bukan sekadar EMUI 10.1, peranti HONOR terpilih juga bakal menerima kemas kini terbaru secara global melalui Magic UI 3.1. Antara ciri menonjol yang anda bakal dinikmati selepas mengemaskini adalah Aplikasi HUAWEI MeeTime, HUAWEI Share, Kolaborasi Multi-Skrin, HUAWEI Celia dan banyak lagi.

EMUI 10.1

Magic UI 3.1

Perlu diingatkan bahawa senarai peranti yang menyokong kemas kini ini mungkin berbeza mengikut negara. Kemas kini ini bakal hadir bermula pada lewat Jun ini (dalam masa yang terdekat). Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke pautan rasmi pengumuman HUAWEI.

Apa pun, mungkin kita boleh menunggu berita rasmi dari HUAWEI Malaysia apabila kemas kininya hadir kelak. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version