Site icon TechNave BM

2,000 iPhone diberikan kepada penumpang kapal mewah yang dikuarantin

Pada masa ini, sebuah kapal pelayaran mewah sedang dikuarantin di kawasan perairan berhampiran Yokohama, Jepun sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan penularan Koronavirus di negara itu. Untuk memudahkan komunikasi antara pihak berkuasa Jepun dengan para penumpang, kerajaan negara itu akan memberikan 2,000 iPhone kepada para penumpang tersebut.

Dalam telefon pintar itu, Kementerian Kesihatan, Tenaga Kerja dan Kebajikan Jepun telah memasang sebuah aplikasi khas yang membolehkan penumpang untuk berkomunikasi dengan doktor. Pada asalnya, mereka ingin menggunakan telefon Android kerana ia lebih murah tetapi mereka risau jika aplikasi itu tidak akan beroperasi dengan baik, jadi mereka memilih iPhone.

Beberapa penumpang kini boleh keluar daripada kapal tersebut. Mereka akan diletakkan dalam sebuah pusat kuarantin di daratan dan mereka perlu tinggal di situ sehingga 19 Februari.

Masih tidak pasti jika 2,000 iPhone itu perlu dipulangkan atau tidak. Kongsi pendapat anda tentang situasi Koronavirus di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version