Site icon TechNave BM

22 calon Malaysia disenarai pendek untuk pertandingan filem pendek Samsung

Samsung Malaysia Electronics melancarkan Born of the Galaxy Stars iaitu pertandingan filem pendek yang diadakan oleh Malaysia International Film Festival (MIFFest). MIFFest mencari 22 pembikin filem untuk menghasilkan filem pendek mereka dengan siri telefon pintar Samsung Galaxy S22.

Banyak skrip dan cerita telah dihantar dari 28 Mac hingga 24 April membuatkan para hakim sukar untuk membuat keputusan. Mereka mengambil banyak pertimbangan sebelum memilih 22 cerita terbaik untuk pertandingan filem pendek Born of the Galaxy Stars.

22 calon telah disenarai pendek yang akan mara ke hadapan dalam pertandingan filem pendek ‘Borderless with Nightography’. 22 pembikin filem akan ke fasa seterusnya di mana mereka akan menggunakan Samsung Galaxy S22 Ultra untuk menceritakan kisah mereka. Di bawah merupakan senarai nama 22 calon yang akan mara ke fasa seterusnya.

Kemudian, produksi akhir akan bertanding untuk memenangi anugerah pada Julai dalam majlis perasmian Malaysia International Film Festival (MIFFest). Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version