Site icon TechNave BM

247 daripada 600 menara SMART telah diaktifkan di Sarawak

Sebanyak 247 menara Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART) berjaya diaktifkan menggunakan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN) setakat 15 Mei lalu. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kesemua menara itu melibatkan perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi, Maxis, U Mobile dan YTL.

Jumlah tersebut adalah sebahagian daripada 600 menara telekomunikasi yang dirancang dibina di Sarawak menerusi beberapa fasa peruntukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Kementerian Kewangan (MOF) dan syarikat telekomunikasi.

Tambahnya, berikutan perkembangan positif program SMART600 di Sarawak, semua pengendali rangkaian mudah alih bersetuju untuk melaksanakan program serupa di seluruh negara. Pemeteraian Perjanjian SMART600 MOCN dengan semua badan terlibat merupakan satu lonjakan ke arah meningkatkan ketersambungan digital di luar bandar Sarawak.

SKMM berkata projek itu dianggarkan memanfaatkan sekitar 1,000 penempatan di luar bandar Sarawak dan dengan inisiatif ini, masyarakat akan menikmati liputan di mana-mana tanpa mengira rangkaian yang mereka pilih. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: X Fahmi Fadzil

Exit mobile version