Pengeluar telefon pintar di China sebenarnya tidak sehaluan dalam memasarkan telefon pintar dalam pasaran utama. Selain daripada HUAWEI dan OnePlus, pengeluar jenama lain hanya menumpukan pada telefon pintar dengan kos efektif. Walau bagaimanapun, sejak sekatan dikenakan terhadap HUAWEI, jenama China yang lain tidak mengambil peluang ini.
Menurut Counterpoint Research, dengan peningkatan dalam harga jualan purata (ASP) telefon pintar, adalah munasabah bagi pengeluar jenama telefon mudah alih China untuk beralih ke pasaran telefon andalan dengan keuntungan lebih tinggi.
Pada 2021, pasaran telefon pintar Android berharga melebihi $600 di China akan menyusut daripada 44.6% pada 2020 kepada 36.5%.Menurut pemerhatian penganalisis Counterpoint, telefon pintar andalan mesti berfungsi dengan baik pada tiga asas ini.
Pertama, fokus utama ialah paparan dan skrin telefon pintar andalan perlu menyokong kadar segar semula yang tinggi, resolusi tinggi dan ketepatan warna yang canggih. Kini kita boleh melihat lebih banyak telefon pintar andalan yang menyokong gamut warna DCI-P3. Skrin LTPO juga kini menjadi satu kemestian untuk menyokong kadar penyegaran yang berubah-ubah.
Aspek kedua untuk telefon pintar andalan ialah fotografi. Sebagai contoh, telefon pintar kini mempunyai kamera sudut ultra lebar dengan resolusi ultra tinggi atau lensa telefoto periskop. Selain itu, telefon pintar andalan juga menambah ciri algoritma AI untuk memproses imej yang telah ditangkap serta binning sebelum gambar tersebut dihasilkan.
Yang ketiga ialah pengalaman gaming. Game kini bukan sahaja memerlukan cipset yang mantap, malah sistem penyejukan juga perlu berfungsi dengan baik untuk memenuhi permintaan pengguna bagi meningkatkan grafik dan pengalaman gaming yang lancar. Suhu telefon ketika gaming juga merupakan salah satu faktor penting.
Terdapat juga tiga aspek lain tetapi ia merupakan aspek yang paling penting tapi masih yang bermanfaat untuk telefon andalan. Yang pertama ialah sambungan isyarat yang boleh dipercayai. Sesetengah telefon pintar mempunyai penyelesaian 4X4MIMO (Multiple Input Multiple Output) untuk meningkatkan penerimaan isyarat telefon mereka.
Yang kedua ialah audio stereo yang lebih seimbang tetapi tiada siapa yang menggunakan pembesar suara telefon pintar mereka untuk memainkan muzik sepanjang masa. Yang ketiga ialah pengecasan pantas atau ketahanan bateri.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

