Site icon TechNave BM

30% kawasan berpenduduk akan dapat akses 5G menjelang pertengahan September ini

Terdahulu, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bahawa kesemua enam syarikat telekomunikasi utama perlu memuktamadkan perjanjian mereka pada penghujung 31 Ogos 2022. Baru-baru ini, sumber mengatakan bahawa kira-kira 30% kawasan berpenduduk bakal menikmati rangakaian 5G.

30% mungkin tidak begitu banyak tetapi ini akan menjangkau berjuta-juta di seluruh negara menjelang pertengahan September. Malah, sumber berkata beberapa syarikat telekomunikasi telah menjalankan ujian kelajuan 5G di bandar-bandar utama untuk beberapa ketika. Selain Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya, rangkaian 5G juga telah menjangkau Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Kami menjangkakan kerajaan akan terus berusaha untuk membina lebih banyak rangkaian 5G di kawasan berpenduduk sekurang-kurangnya 20 orang setiap KM persegi mengikut piawaian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Kerajaan menyasarkan untuk mencapai 80% liputan 5G menjelang 2024.

Pada masa ini, hanya YES yang telah memberikan pelan pek SIM 5G. Ia juga disebut bahawa Maxis dan U Mobile adalah satu-satunya yang masih belum mendaftar ke rangkaian borong tunggal 5G DNB. Lima syarikat telekomunikasi lain sedang menjalankan ujian ke atas ketersambungan di kawasan berbumbung.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Vibes

Exit mobile version