Site icon TechNave BM

300 realme Buds Air habis dijual dalam masa 1 minit sahaja di Shopee

Terdahulu, realme Buds Air telah dilancarkan bersama telefon pintar mampu milik digemari ramai, realme 5i. Sepintas lalu, earbud ini hadir dengan pemacu 12mm dynamic boost driver, Bluetooth 5.0 dan Pengecas Wayarles 10W.

Terkini, 1000 unit realme Buds Air berwarna putih telah habis dijual di Malaysia secara dalam talian (Shopee). Apa yang mengagumkan adalah unit ini kehabisan stok dalam hanya 28 minit sahaja! Ini sekaligus menjadikan 300 unit terjual dalam masa 1 minit.

Apa pun, realme sememangnya sudah menjangkakan kehabisan stok awal kerana pengurangan harga sehingga RM199 untuk promosi Tahun Baru Cina berbanding harga asalnya RM299. realme menjanjikan pengalaman operasi sentuhan pintar yang mampu mengawal earbud itu dengan hanya satu sentuhan. Untuk promosi dan maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi realme Malaysia.

Adakah anda salah seorang pembeli realme Buds Air? Beritahu kami tentang pengalaman anda menggunakannya di laman Facebook kami. Untuk berita teknologi terkini, teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version