Site icon TechNave BM

30,000 unit Xiaomi Mi Mix Fold terjual dalam masa seminit sahaja!

Semalam, Xiaomi telah mengadakan jualan pertama mereka untuk Mi Mix Fold dan seperti yang dijangkakan, semua stok sedia ada telah terjual dalam beberapa saat sahaja.

Dalam hanya seminit, semua stok awal Mi Mix Fold telah terjual dan memberikan jumlah jualan setinggi 400,000,000 Yuan (~RM250 juta). Jika anda melakukan matematik ringkas, jumlah unit yang telah dijual adalah sekitar 30,000 dan 40,000 unit. 500 unit terjual setiap saat!

Xiaomi Mi Mix Fold ditawarkan dengan tiga varian dengan pilihan RAM 12GB/16GB dan storan 256GB/512GB. Harga peranti ini bermula dari CNY9,999 (~RM6,428) sehingga CNY12,999 (~RM8,225).

Mi Mix Fold hadir dengan dua skrin AMOLED HDR10, cipset Snapdragon 888, kamera 108MP+ ultra lebar 13MP + telefoto 8MP. Ia juga menggunakan lensa cecair yang pertama dalam dunia telefon pintar.

Adakah anda bakal membeli peranti ini sekiranya ia memasuki ke pasaran Malaysia? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version