Site icon TechNave BM

300,000 unit dekoder digital myFreeview diagihkan untuk isi rumah B40 dan OKU

Kerajaan menyediakan 300,000 unit dekoder digital myFreeview yang akan diberikan secara percuma kepada kumpulan isi rumah B40 dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh negara, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo.

Katanya, 300,000 unit dekoder tersebut adalah tambahan kepada dua juta unit yang telah diperuntukkan sebelum ini, dan kos RM30 juta bagi penambahan dekoder percuma itu, ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Majlis berlangsung di Kompleks Komunikasi dan Multimedia Malaysia Sabah itu, turut dihadiri Ketua Pegawai Digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Gerard Lim Kim Meng dan Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) Mazlan Mahdi.

Program penyerahan itu akan berlangsung mulai hari ini hingga Sabtu, dengan kira-kira 3,000 dekoder percuma myFreeview akan diagihkan kepada isi rumah B40 dan OKU berdaftar.

Gobind berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf keperluan rakyat, terutama dalam kalangan B40 dan OKU, dalam meniti arus perkembangan digital, sekali gus komited merealisasikan konsep Kemakmuran Bersama menerusi inisiatif itu.

Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Bernama

Exit mobile version