Site icon TechNave BM

4 jenis ‘AirTrigger gesture’ bakal hadir pada ROG Phone 3

Berdasarkan sumber, ASUS bakal melancarkan ROG Phone 3 pada 23 Julai ini dan sebelum pelancaran rasmi telefon tersebut, ASUS telah menunjukkan beberapa ciri yang bakal hadir pada telefon gaming ROG Phone 3. Gambar terbaru dari ASUS menunjukkan ciri inovatif AirTrigger yang menggunakan butang ultrasonik.

AirTrigger ini terletak pada bahagian hujung sisi telefon gaming ini dan ianya bukan butang fizikal tetapi kawasan yang sensitif dengan tekanan yang boleh digunakan sebagai butang ultrasonik. Butang ultrasonik ini akan mencontohi sentuhan pada skrin dan anda boleh sesuaikan mengikut cara gaming anda. Ini bermaksud anda hanya perlu tap pada butang ultasonik ini untuk melakukan sesuatu sewaktu gaming seperti menembak dalam game COD Mobile atau PUBG Mobile.

ROG Phone 3 akan hadir dengan 4 jenis gerak insyarat (gesture) AirTrigger yang menarik dan salah satunya adalah fungsi gelongsor secara mendatar. Sebagai contoh, fungsi gelongsor ini akan boleh digunakan di dalam game Asphalt 9 untuk menukar laluan kereta. Tiga lagi gerak insyarat AirTrigger yang lain masih kekal misteri dan tiada berita mengenainya setakat ini.

ROG Phone 3 dijangka akan hadir dengan skrin AMOLED saiz 6.59 inci beresolusi Full HD+ dengan kadar segar semula sehingga 144Hz. Ia juga akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 865+ dengan saiz RAM sehingga 16GB.

Bagaimana dengan gerak insyarat AirTrigger yang ada pada ROG Phone 3 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version