Site icon TechNave BM

4 model iPhone 12 akan hadir secara berperingkat, bermula iPhone 12 dan iPhone 12 Pro

Memandangkan debaran penantian kemunculan siri iPhone 12 kian terasa, sebarang ura-ura juga perlu diambil kira untuk melengkapkan cebisan berita yang masih tidak jelas. Terkini, sumber melaporkan siri iPhone 12 bakal dilancarkan secara berperingkat.

Untuk pengetahuan anda, berita yang lalu menyatakan bahawa siri iPhone 12 bakal muncul dengan empat model;  iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 Max 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci. Kesemua empat model ini bakal hadir secara berperingkat.

Sumber DigiTimes menjangkakan bahawa dua model iPhone 12 6.1 inci bakal hadir dahulu, disusuli dengan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci dan iPhone 12 5.4 inci. Jangkaan ini adalah berdasarkan laporan dari Taiwan yang menyatakan tentang papan utama SLP untuk model-model 6.1 inci telah mula dikeluarkan pada Julai dan untuk model 5.4 inci, 6.7 inci, ia baru bermula pada bulan Ogos.

Di sisi yang lain, pendedah maklumat terkenal Jon Prosser meramalkan acara pelancaran iPhone 12 bakal berlaku pada 12 Oktober ini. Menurutnya, Apple akan memperkenal dan membuka pra-tempah untuk model iPhone 12 yang berharga lebih rendah dahulu (iPhone 12 5.4 inci dan 6.1 inci). Manakala iPhone 12 Pro dan Pro Max bakal tersedia pada November.

Memandangkan kesemua ini hanyalah ramalan, sumber manakah yang anda ingin percaya buat masa sekarang? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai iPhone 12, harga jangkaannya, dan harga iPhone 11 yang akan jatuh merudum, bermula sekitar ~RM2000 selepas iPhone 12 hadir!

Sumber: DigiTimes melalui MacRumors

Exit mobile version