Site icon TechNave BM

4 perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli monitor yang berkualiti tinggi!

Adakah anda sedang mencari sebuah monitor yang sarat dengan teknologi terkini untuk gaming dan produktiviti? Jika ya, keluaran terbaharu monitor Samsung ada jawapannya. Samsung membawakan barisan terbaharu monitor Samsung Odyssey iaitu model G9, G7, G5 dan G3. Model-model ini akan membawa beberapa jenis monitor yang sesuai dengan citarasa dan bajet anda.

Bagi model-model terbaharu ini ia dilengkapi dengan teknologi terkini dan berbaloi dengan setiap ringgit yang anda keluarkan. Sebagai contoh, model Odyssey Neo G9 2021 mempunyai banyak ciri yang dipertingkatkan daripada model keluaran sebelumnya. Antara penambahbaikan yang hadir untuk monitor ini ialah kadar segar semula skrin, kadar respon, kualiti gambar dan reka bentuk.

Kualiti gambar yang sempurna

Kualiti gambar yang hadir pada monitor ini sangat baik sehinggakan Samsung menggelarkannya sebagai kualiti gambar setanding dengan gambaran asli. Hal ini kerana ia mempunyai LED yang lebih kecil berbanding monitor yang mempunyai LED bersaiz standard. LED yang lebih kecil menawarkan gambar yang lebih terperinci mengikut zon pemalapan (discrete dimming zone).

Zon pemalapan yang lebih kecil memperincikan setiap butiran pada gambar yang mana ia mampu mengasingkan cahaya terang dan gelap dengan baik. Pengasingan ini akan menghapuskan pembiasan cahaya dan menajamkan perincian yang terdapat pada gambar. Tambahan, ia memiliki tahap kegelapan yang paling tinggi iaitu 12 bit untuk meningkatkan kualiti gambar dengan 2,048 zon malap (Local Dimming Zone), 2,000 nit puncak kecerahan dan nisbah kontras 1,000,000:1.

Dengan skrin dwi-QHD bersaiz 49 inci dan 5,120 x 1,440 ketumpatan piksel , ia menghasilkan perincian yang sangat tepat pada skrin yang besar dan membenarkan pengguna untuk melihat gambar dengan lebih jelas. Ia juga mempunyai ciri VESA HDR dan HDR10+ yang mengimbangi tahap kecerahan serta kontras ketika sesi gaming atau menyunting gambar.

Prestasi gaming yang ditingkatkan

Monitor ini merupakan monitor segmen andalan dengan teknologi terkini yang tiada tandingan. Prestasinya tidak dapat disangkal dengan kehadiran ciri kadar segar semula skrin 240Hz, kadar respon 1ms DQHD, ciri sRGB 125% dengan DCI 95%, kadar input dengan respon yang rendah iaitu 2ms dan pertukaran sumber input bagi platform konsol.

Teknologi G-Sync dan FreeSync menawarkan pengalaman menarik kepada pengguna yang mana ia membenarkan keselesaan, kebebasan serta mengurangkan kadar respon ketika bermain game. Ia sedia untuk disambungkan pada mana-mana peranti sama ada komputer riba, desktop atau konsol gaming.

Reka bentuk dan keselesaan mata

Reka bentuk skrinnya yang melengkung pada kelengkungan 1000R memberikan pengalaman sama seperti anda memakai peranti VR. Ia memberikan keselesaan yang maksimum kepada pengguna untuk membaca, melihat gambar dan menonton video.

Pakar mata yang terlibat dalam penyelidikan monitor ini mengesahkan bahawa anda tidak akan merasa keletihan dengan adanya teknologi khas untuk keselesaan mata. Selain itu, reka bentuk luarannya mempunyai lampu Core yang diselaraskan dengan sistem CoreSync dan menghasilkan cahaya latar mengikut warna yang dihasilkan oleh paparan.

Fungsi yang holistik

Monitor Odyssey ini mempunyai sokongan ketinggian yang boleh dilaraskan, dipusingkan secara menegak dan mengiring serta didongakkan mengikut keselesaan anda. Ia juga tersedia untuk meletakkan tapak VESA pada bahagian belakangnya. Seterusnya, monitor ini memiliki ciri gambar-dengan-gambar (Picture-by-Picture), gambar-pada-gambar (Picture-in-Picture) dan tetapan mudah untuk meletakkan paparan mengikut grid bagi melakukan kerja secara serentak.

Terakhir, ia hadir dengan ciri sambungan automatik yang pantas yang mana ia membolehkan anda menukarkan sumber paparan antara komputer riba atau konsol gaming. Ia akan mengesan sumber yang aktif dan akan memaparkannya secara automatik. Jadi, anda tidak perlu mencabut wayar untuk menukarkan sumber paparan.

Adakah anda akan memilih salah satu monitor model Odyssey yang dibawakan oleh Samsung? Untuk pengetahuan, Samsung sedang mengadakan cabaran #DefyReality dan menangi Samsung 49” Odyssey Neo G9 secara percuma! Sila layari laman web rasmi Samsung untuk menyertai cabaran ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version