Site icon TechNave BM

4 syarikat penghantaran tetapkan tarikh akhir penghantaran sebelum Hari Raya

Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah pun dilanjutkan sehingga 9 Jun, tentunya ramai yang beralih pada platform e-dagang untuk membeli kelengkapan Hari Raya. Dalam pada itu, beberapa syarikat penghantaran telah menetapkan tarikh akhir penghantaran sebelum Hari Raya Aidilfitri pada 24 Mei.

Menurut @inazeyy di Twitter, empat syarikat penghantaran yang sudah menetapkan tarikh tersebut adalah Ninja Van, J&T Express, Pos Laju dan DHL Express. Bergantung pada syarikat, tarikh tamat akan berlaku pada 15, 16 atau 18 Mei ini. Semua pesanan yang dibuat selepas tarikh-tarikh ini hanya akan dihantar selepas sambutan Hari Raya pada 24 dan 25 Mei.

Selain itu, syarikat-syarikat ini masih beroperasi bagi penyerahan dan pengambilan (dropoff & pickup) barang namun dengan jadual yang berlainan daripada biasa.

Setakat ini masih tiada pengumuman daripada syarikat penghantaran lain, namun wajar untuk kita andaikan bahawa perkara yang lebih kurang sama akan berlaku. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version