Site icon TechNave BM

5 cara bagaimana Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G & A73 5G mudahkan anda nikmati kelajuan pantas

Telefon pintar kelas pertengahan selalunya tidak dijangka untuk menghasilkan prestasi yang pantas dalam kegunaan harian, kerana cipsetnya yang lebih rendah berbanding telefon kategori andalan (flagship)

Sungguh pun begitu, tiga telefon pertengahan Samsung iaitu Samsung Galaxy A33 5G, Samsung Galaxy A53 5G dan Samsung Galaxy A73 5G bukan sahaja boleh menyediakan pengalaman yang pantas, malah mempunyai reka bentuk dan pilihan warna yang menarik. Berikut adalah bagaimana siri Galaxy A terbaru ini boleh memudahkan tugasan harian anda:

Boleh dihubungkan dengan rangkaian 5G

Sedia maklum, kerajaan Malaysia kini sedang giat mengusahakan pembinaan infrastruktur rangkaian 5G di kawasan-kawasan terpilih. Ketiga-tiga telefon Samsung Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G boleh disambungkan ke rangkaian ini apabila ia disediakan di kawasan anda nanti, jadi anda boleh terus nikmati kelajuan internet yang paling pantas.

Galaxy A33, Galaxy A53 dan Galaxy A73 boleh menggunakan rangkaian 5G

Dengan rangkaian 5G, anda boleh nikmati video beresolusi tinggi tanpa sebarang gangguan, muat turun fail besar dalam masa yang singkat, membuat siaran langsung dengan beberapa peranti serentak, membuat panggilan video dengan ramai peserta dan banyak lagi faedah yang meningkatkan pengalaman pengguna.

RAM sehingga 16GB

Galaxy A33 5G, A53 5G dan A73 5G mempunyai RAM 8GB, namun ia boleh dibesarkan lagi sebanyak 8GB dengan teknologi RAM maya (virtual RAM), menjadikan jumlah RAM keseluruhan kepada 16GB.

Ini bermaksud anda boleh buka pelbagai aplikasi serentak dan prestasi telefon akan masih kekal laju. Fungsi ini pastinya akan dihargai oleh mereka yang kerap menggunakan ciri multi-tugas dan membenarkan mereka untuk menyiapkan sebarang tugasan dengan lebih cepat.

Fungsi RAM Plus untuk meningkatkan RAM secara maya

Contohnya, anda kini boleh memainkan game sambil menyiarkan permainan anda secara langsung (live streaming) dan prestasi game anda akan kekal stabil. Khas untuk Galaxy A73 5G pula, ia mempunyai sistem penyejukan paip haba (heat pipe) dan kamar wap (vapour chamber) dan ia sangat membantu dalam mengawal suhu dalaman telefon dan membenarkan anda untuk membuka banyak aplikasi dengan prestasi stabil.

Cipset lapan teras terkini

Ketiga-tiga telefon pintar Galaxy A ini mempunyai cipset lapan teras (octa-core) yang terkini bagi menyediakan prestasi pantas dalam semua situasi. Galaxy A33 5G dan A53 5G mempunyai cipset Exynos 1280 yang dibina dengan nod proses 5nm, manakala Galaxy A73 5G pula menampilkan cipset Snapdragon 778G dengan nod proses 6nm.

Dengan nod serendah 6nm, ini membuatkan prestasi ketiga-tiga telefon ini hampir setaraf dengan telefon andalan, jadi ia boleh membuka pelbagai jenis aplikasi atau game berat dengan pantas.

Cipset 5nm untuk prestasi mirip telefon flagship

Bateri tahan lama dan pengecasan singkat

Semua telefon ini dilengkapi bateri besar berkapasiti 5,000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari jika digunakan secara normal. Untuk kegunaan yang berat juga pun, ia tidak akan mengalami masalah untuk bertahan selama sehari.

Sewaktu anda ingin mengecas bateri tersebut, telefon ini menyokong kadar pengecasan pantas 25W jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk mengecas dari 0%.

Memori yang boleh dibesarkan

Anda boleh dapatkan storan dalaman sehingga 256GB untuk Galaxy A33 5G, A53 5G atau A73 5G. Sungguh pun begitu, jika anda perlukan storan yang lebih banyak untuk fail-fail anda, tiga telefon ini mempunyai ruang kad memori yang boleh membesarkan storan telefon sehingga 1TB.

Sekiranya anda ingin membeli salah satu di antara tiga telefon pintar ini, sekarang adalah masa yang sangat sesuai. Sehingga 31 Ogos 2022, anda boleh nikmati rebat sejumlah RM150 untuk setiap pembelian Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G atau Galaxy A73 5G. Selain itu, anda juga boleh dapatkan penjimatan seperti:

PromosiButiranSah sehingga
Rebat trade-inTerima rebat tambahan sehingga RM150 ditambah kepada nilai tukar beli asas31 Ogos 2022
OneDriveNikmati 6 bulan storan awan 100GB OneDrive secara percuma31 Mac 2023
Promosi “Pembelian Dengan Pembelian” (PWP) untuk Travel AdapterTerima diskaun sebanyak 40% untuk Travel Adapter dengan pembelian Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G30 September 2022

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai tiga peranti hebat ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version