Site icon TechNave BM

5 cara bagaimana Samsung Galaxy Watch5 bantu anda jaga kesihatan dengan lebih mudah

Samsung telah melancarkan jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch5 pada bulan Ogos 2022 lalu, dan ia merupakan antara jam tangan pintar terbaik pada waktu ini. Ini bukan sahaja kerana rekaannya yang menawan, malah ia turut menawarkan pelbagai fungsi yang memudahkan anda untuk menjaga kesihatan serta menyertai aktiviti sukan.

Jika anda masih belum mengenali pelbagai fungsi canggih yang terdapat pada Galaxy Watch5, berikut adalah lima fungsi yang akan memanfaatkan hidup anda:

Bantu anda tidur dengan lebih lena

Kita semua sedar bahawa kita memerlukan tidur lebih kurang tujuh jam untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Sungguh pun begitu, tempoh tidur sebanyak itu sahaja tidak cukup untuk mendapatkan kualiti tidur yang lengkap.

Bagi membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena pada waktu malam, Galaxy Watch5 mempunyai penjejakan tidur (sleep tracking) yang boleh menilai kualiti tidur anda. Ia bukan sahaja boleh mengukur tempoh tidur, malah boleh melatih anda untuk memulakan amalan positif yang meningkatkan kualiti tidur.

Ia boleh membantu anda merancang waktu tidur, mengesan dengkuran dan menjejak peringkat tidur (bangun, tidur ringan, tidur nyenyak, tidur REM). Untuk membantu anda menilai kualiti tidur, aplikasi Samsung Health akan menunjukkan simbol haiwan yang boleh mengajar anda untuk dapatkan kualiti tidur yang lena.

Contoh penjejakan tidur yang dipaparkan dalam aplikasi Samsung Health, menggunakan Galaxy Watch5

Sensor canggih ukur pelbagai metrik kesihatan

Galaxy Watch5 dilengkapi sensor utama Samsung BioActive yang terdiri daripada beberapa sensor iaitu sensor kadar jantung optikal dan bioelectrical impedance analysis (BIA).

Sensor BIA boleh mengukur pelbagai metrik kesihatan penting seperti peratus lemak badan dan berat otot tulang. Sensor kadar jantung optikal pula boleh mengukur kadar degupan jantung dengan lebih tepat, di mana-mana sahaja anda berada.

Bacaan daripada sensor BIA (kiri) dan sensor degupan jantung (kanan)

Sensor Samsung BioActive ini bukan sahaja boleh memberi bacaan tepat, malah boleh membantu anda menilai kesihatan diri dengan awal untuk mula mengambil langkah-langkah sepatutnya untuk meningkatkan kesihatan. Bercakap tentang mengambil langkah-langkah seterusnya…

Penjejakan untuk lebih 120 sukan

Aktiviti fizikal dan sukan adalah salah satu unsur penting dalam penjagaan kesihatan, dan Galaxy Watch5 boleh menjejak aktiviti anda untuk lebih 120 jenis sukan.

Ia boleh menjejak langkah yang diambil, kalori yang digunakan oleh badan serta menyediakan rutin senaman khas untuk anda. Jika anda seorang yang gemar berjalan di kawasan hutan atau bukit, Galaxy Watch5 Pro mempunyai fungsi khas untuk berjalan seperti Route Target, Turn by Turn Navigation dan Track Back untuk berjalan dengan lebih selamat.

Reka bentuk cantik dan tahan lasak

Bagi membantu anda memakai jam tangan pintar ini di mana-mana, Galaxy Watch5 mempunyai rekaan tahan lasak supaya anda tidak perlu bimbang tentangnya. Skrin jam ini dibuat dengan kaca premium Sapphire Crystal yang tahan calar dan 1.6 kali lebih kukuh berbanding generasi sebelumnya.

Tak perlu tunggu lama untuk cas penuh

Tidak seperti kebanyakan jam tangan pintar lain yang memerlukan masa lama untuk mengecas bateri, Galaxy Watch5 mempunyai bateri yang menyokong pengecasan pantas di mana anda hanya memerlukan 30 minit untuk mengecasnya sebanyak 45 peratus.

Selepas baterinya dicas penuh, Galaxy Watch5 boleh bertahan selama hampir 40 jam, jadi anda tidak perlu bimbang untuk mengecasnya pada setiap malam dan ia akan kekal bersama anda sewaktu anda bersukan.

Layari laman web Samsung Malaysia jika anda berminat dengan Galaxy Watch5 untuk meningkatkan kesihatan anda. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

[Ditaja oleh Samsung Malaysia]

Exit mobile version