Site icon TechNave BM

5 telefon dengan Snapdragon 875 bakal dilancar pada Q1 2021 bersama cas pantas 100W

Syarikat penghasilan cipset dari Amerika Syarikat, Qualcomm dijangka akan melancarkan cipset flagship generasi barunya, Snapdragon 875 pada 1 Disember ini. Sebelum pelancaran cipset ini, beberapa butiran mengenai cipset ini sudah pun tertiris di dalam talian.

Terbaru, sebuah sumber menyatakan bahawa 5 model telefon bakal dilancarkan dengan cipset baru ini pada suku pertama 2021. Sumber juga memberitahu bahawa peranti tersebut bakal menyokong pengecasan pantas 100W yang menggunakan Quick Charge 5.0.

Walaupun sumber tidak menyatakan nama model ini, Samsung Galaxy S21 dikhabar akan menjadi salah satu dari lima ini. Selain itu, OnePlus 9 Pro dan juga Xiaomi Mi 11 juga mungkin akan dilancar pada suku pertama 2021 dengan cipset Snapdragon 875 bersama pengecasan pantas 100W.

Walau bagaimanapun, sumber ini hanyalah khabar angin sahaja. Spesifikasi akhir model flagship ini mungkin berbeza daripada jangkaan sumber ini.

Adakah anda merasakan cas pantas 100W ini bakal menjadi perkara yang normal pada tahun hadapan? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version