Site icon TechNave BM

5 telefon pintar dengan kapasiti bateri paling besar di Malaysia

Semakin besar kapasiti bateri sesuatu telefon pintar, semakin lama ia boleh bertahan dan menjadikannya antara keutamaan utama bagi kebanyakan pengguna. Ketika kebanyakan telefon pintar masa kini hadir dengan bateri berkapasiti antara 4000mAh hingga 5000mAh yang mampu bertahan sehingga sehari, tahun 2025 kini sudah ada peranti dengan bateri sebesar 7000mAh dan ke atas.

Jika anda sedang mencari telefon pintar dengan bateri besar di Malaysia yang boleh bertahan lebih daripada sehari, anda berada di tempat yang betul. Berikut ialah 5 telefon pintar terkini dengan kapasiti bateri besar, ciri pengecasan pantas serta spesifikasi menarik untuk dipertimbangkan.

Redmi 15 5G – Pilihan kukuh

Redmi 15 5G merupakan antara telefon pintar dengan bateri besar yang kini dijual secara rasmi di Malaysia, hadir dengan bateri berkapasiti 7000mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 33W serta pengecasan berbalik 18W. Skrin FHD+ sebesar 6.9 inci dengan kadar segar semula 144Hz memberikan pengalaman yang lancar ketika menatal, bermain permainan atau menonton video.

Dengan gabungan cip cekap tenaga dan penyesuaian MIUI, telefon ini mampu bertahan lebih daripada sehari walaupun digunakan secara intensif. Ia dikuasakan cip Snapdragon 6s Gen 3 yang memberikan prestasi seimbang untuk multitugas dan permainan ringan. Kamera utama 50MP menghasilkan imej dengan butiran yang baik serta warna yang tepat manakala mod AI membantu dalam potret dan fotografi malam. Dipadankan dengan RAM 8GB dan storan 256GB, Redmi 15 5G menawarkan ruang dan kuasa mencukupi untuk tugasan harian pada harga berpatutan.

Spesifikasi dan ciri:

POCO M7 – Si ‘beast’ bajet

Untuk pengguna yang mahukan telefon tahan lama tanpa membazir, POCO M7 antara pilihan menarik. Direka untuk mereka yang mengutamakan hayat bateri berbanding spesifikasi mercu, ia dilengkapi bateri 7000mAh yang mampu bertahan sehingga dua hari dengan penggunaan sederhana. Ia dikuasakan cip Snapdragon 685 yang menawarkan prestasi mencukupi untuk penggunaan umum, media sosial dan permainan ringan.

Ia juga hadir dengan kamera utama dwi 50MP serta kamera swafoto 8MP. Dengan pilihan RAM hingga 8GB dan storan 256GB, M7 memberikan nilai yang baik dalam kelasnya. Tambahan, sesetengah model menawarkan ketahanan percikan air (IP64) yang menjadikannya antara telefon “raja bateri” paling berbaloi di pasaran tempatan.

Spesifikasi dan ciri:

HONOR X9d – Si tahan lasak bertenaga

HONOR X9d 5G hadir dengan bateri silikon-karbon 8300mAh yang besar dan antara telefon dengan kapasiti tertinggi di Malaysia. Ia menyokong pengecasan pantas 66W serta pengecasan berbalik. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4 bersama RAM 12GB dan storan hingga 512GB. Dengan ketahanan IP69K terhadap air dan habuk, ia sesuai untuk kegunaan lasak.

Skrin AMOLED 6.79 inci menawarkan visual terang dan jelas dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menampilkan kamera utama 108MP dengan penstabil imej optikal (OIS), lensa ultra lebar 5MP dan kamera hadapan 16MP. Ia menjalankan MagicOS 9.0 berasaskan Android 15 yang memberi prestasi lancar untuk kegunaan harian.

Spesifikasi dan ciri:

OPPO Find X9 – Flagship luar jangka

OPPO Find X9 menonjol dengan bateri 7025mAh dan merupakan antara kapasiti terbesar untuk telefon mercu masa kini. Ia menyokong pengecasan berwayar 80W dan wayarles 50W. Skrin LTPO OLED 6.59 inci dengan resolusi 1.5K dan kadar segar semula 120Hz direka untuk visual lancar serta penggunaan tenaga cekap.

Ia dikuasakan cip MediaTek Dimensity 9500 dengan pilihan RAM sehingga 16GB dan storan 1TB. Sistem kameranya terdiri daripada tiga lensa 50MP termasuk lensa telefoto periskop. Dengan pensijilan IP68 dan rekaan premium, Find X9 sesuai untuk pengguna yang mahukan bateri tahan lama bersama prestasi unggul.

Spesifikasi dan ciri:

Redmi Note 15 Pro Plus 5G – Pertengahan premium

Redmi Note 15 Pro Plus 5G membawa ciri kelas pertengahan ke tahap lebih tinggi dengan bateri 7000mAh, prestasi mantap dan rekaan premium. Skrin AMOLED 6.83 inci menyokong kadar segar 120Hz manakala penyesuaian perisian Xiaomi dan pengurusan tenaga cekap membolehkan peranti ini mampu bertahan lebih sehari walaupun digunakan dengan secara berat.

Ia dikuasakan cip Snapdragon 7s Gen 4, bersama sistem tiga kamera yang memberikan hasil baik untuk foto dan video. Pengecasan pantas berwayar 90W membolehkan bateri besar diisi semula dengan cepat. Telefon ini juga menyokong 5G, RAM hingga 12GB dan storan hingga 512GB.

Spesifikasi dan ciri:

Kesimpulan – Telefon bateri besar untuk semua

Untuk pengguna yang mengutamakan ketahanan bateri pada tahun 2025, lima telefon ini menawarkan keseimbangan antara kapasiti, kelajuan pengecasan dan kecekapan. Pilihan terbaik? HONOR X9d, bukan sahaja kerana mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas, tetapi juga kerana ketahanannya serta ciri kelas pertengahan yang baik di bawah RM2000 dan rekaannya pun menarik.

Tidak berkenan dengan senarai ini? Jika anda mencari pilihan lebih bajet dan tidak kisah dengan usia model, mungkin anda boleh semak senarai “Old but still Gold” kami — mana tahu, mungkin di situ ada telefon yang sesuai dengan keperluan anda.

[Terjemahan TechNaveEn]

Exit mobile version