Site icon TechNave BM

5 telefon pintar “mid-range” terbaik bawah RM2,500

Adakah anda mencari telefon pintar yang menawarkan ciri hampir setaraf flagship tanpa memecahkan belanjawan? Jangan risau! Berikut adalah lima telefon pintar mid-range terbaik yang boleh didapati di Malaysia di bawah RM2,500. Telefon ini menawarkan keseimbangan sempurna antara prestasi, reka bentuk, dan harga, memastikan nilai terbaik untuk wang anda.

1. HONOR 200 Pro

HONOR 200 Pro adalah pilihan hebat dengan paparan AMOLED 6.78 inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Warna yang terang dan pengalaman menatal yang lancar menjadikannya ideal untuk permainan dan hiburan multimedia. Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3, telefon ini menjanjikan prestasi pelbagai tugas yang sangat lancar walaupun untuk aplikasi yang berat yang dibantu oleh RAM 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Paling menarik mengenai telefon ini, ia sangat membantu peminat fotografi dengan kamera utama 50MP (sensor H9000), kamera telefoto 50MP (sensor Sony IMX856), kamera ultra-lebar/makro 12MP. Gambar yang dihasilkan tajam, terperinci dan penuh warna walaupun dalam keadaan pencahayaan yang gelap. Dengan teknologi pengecasan pantas 100W dan wayarles 66W, bateri 5,200mAh dapat dicas sepenuhnya dalam masa yang singkat. Pada harga RM2,383 di Shopee, peranti ini menawarkan ciri premium pada harga mid-range.

2. Xiaomi 14T Pro

Xiaomi 14T Pro adalah telefon mid-range berfokuskan prestasi dengan paparan AMOLED 6.67 inci dan kadar segar semula 144Hz yang sangat pantas yang sangat sesuai untuk gaming. Dengan cipset Mediatek Dimensity 9300+ 4 nm, RAM 12GB dan storan sehingga 1TB, prestasinya cukuo mengagumkan setaraf telefon andalan untuk tugasan berat.

Sistem kameranya merangkumi samera utama 50MP f/1.7 dengan PDAF dan OIS, telefoto 50MP f/2.0 dengan PDAF dan zum optik 2.6x serta ultra lebar 12MP f/2.2. Bateri 5,000mAh menyokong teknologi pengecasan pantas 120W, membolehkan anda mengecas penuh dalam masa kurang daripada 25 minit. Peranti ini boleh didapati pada harga bermula RM2,319 di Shopee.

3. OPPO Reno12 Pro

OPPO Reno12 Pro turut menonjol dengan hasil fotografinya. Ia dilengkapi dengan skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 120Hz, ia memberikan pengalaman tontonan premium. Telefon ini diperkasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7300-Energy For Reno, memastikan prestasi lancar dan pengurusan tenaga yang cekap.

Tetapan tiga kameranya yang diterajui oleh kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan makro 2MP memberikan hasil cemerlang dalam fotografi dengan imej yang terang dan terperinci. Kamera swafoto 32MP memberikan potret yang menakjubkan, sesuai untuk penggemar media sosial. Dengan bateri 5,000mAh dengan pengecasan SUPERVOOC 80W, Reno12 Pro memastikan anda sentiasa bertenaga. Pada harga RM2,209 di Shopee, ia sesuai untuk kasual fotografer dan penggunaan sepanjang hari.

4. realme 13+ 5G

realme 13+ 5G menawarkan nilai yang luar biasa dengan reka bentuk yang elegan serta paparan AMOLED lengkung 3D 6.7 inci. Dengan resolusi 1080×2400 piksel dan kadar segar semula 120Hz, ia memberikan visual yang tajam dan animasi yang lancar. Telefon ini lebih sesuai digunakan untuk gaming berbanding fotografi walaupun kameranya cukup bagus. Ini kerana ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 7300 Energy yang memberikan prestasi pantas dan boleh dipercayai untuk semua tugasan anda.

Sistem kameranya menampilkan sensor utama 50MP sensor Sony LYT-600 dan kamera mono 2MP menjadikannya serba boleh untuk menangkap pelbagai jenis gambar. Bateri 5,000mAh memastikan jangka hayat bateri sepanjang hari dengan pengecasan pantas 80W untuk penggunaan biasa. Dengan harga RM1,317 di Shopee, realme 13+ 5G menawarkan pengalaman gaming yang premium pada harga yang lebih mampu milik.

5. OnePlus Nord 4

Telefon ini adalah peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7+ Gen 3, RAM 16GB dan storan dalaman 512GB. Di hadapan, ia mempunyai skrin Super Fluid AMOLED berukuran 6.74 inci dengan kamera swafoto 16MP manakala di belakang pula kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera ultra-lebar 8MP.

Prestasinya agak mengagumkan terutamanya ketika gaming. Sekiranya anda bermain Genshin Impact, ia mungkin memberikan sedikit lag ketika anda sedang beraksi. Anda juga tidak perlu risau untuk kembali bermain game kerana walaupun baterinya berkapasiti besar pada 5,500mAh, ia hanya mengambil masa 30 minit untuk dicas penuh dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Harganya sedikit mahal pada RM2,399 di Shopee.

Sama ada anda mahukan prestasi terkini, reka bentuk yang menawan atau kamera yang luar biasa, telefon mid-range ini memberikan nilai yang luar biasa. Dengan pilihan di bawah RM2,500, anda pasti dapat mencari telefon pintar yang sempurna untuk memenuhi keperluan anda.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version