Site icon TechNave BM

50 menara 5G bakal hadir di Sabah pada tahun ini, di bawah NFCP bernilai sehingga RM290 juta!

Sebuah laporan telah mendedahkan bahawa 50 menara telekomunikasi akan dibina di Sabah bermula pada tahun ini. Memetik daripada Roslan Mohamad, Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sabah, laporan itu menyatakan bahawa anggaran setiap menara komunikasi tersebut adalah bernilai RM1.7 hingga RM1.8 juta dengan kos keseluruhan sehingga RM290 juta. Mereka menjangkakan untuk membantu menyokong telekomunikasi 5G dan mempertingkatkan liputan 4G.

Hadir di bawah fasa pertama NFCP (National Fiberisation and Connectivity Plan) yang bernilai RM21.6 bilion, pelan ini menjangkakan 152 menara dibina di seluruh negeri. Sabah mempunyai liputan rangkaian terkini sebanyak 85.1%, tetapi majoriti hanya menggunakan 3G, manakala 60.2% menggunakan 4G. Hasrat NFCP adalah untuk memastikan kestabilan kelajuan Internet 30 Mbps ke 98% serata negeri pada tahun 2023 dengan jangkaan pembinaan menara yang lebih banyak pada fasa kedua.

Luahkan pendapat anda mengenai hal ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version