Site icon TechNave BM

6.3 juta unit PS5 telah terjual untuk tahun 2023

Jualan untuk PlayStation 5 (PS5) memecahkan semua rekod sebelumnya. Syarikat itu baru sahaja mengumumkan jualan kukuh suku kedua berturut-turut dengan menjual 6.3 juta pada 2023. Dalam tempoh yang sama tahun lepas, syarikat itu mencapai sasaran jualan sebanyak 2 juta.

Bagi tahun fiskal 2022, syarikat itu berjaya menjual 19.1 juta unit yang jauh lebih tinggi daripada unjuran jualan 18 juta. Secara keseluruhan, Sony berada di landasan untuk menjual 38.4 juta PS5 sejak konsol itu dikeluarkan pada 2020. Terrdapat peningkatan yang ketara dalam pelanggan PS Plus.

Sony sangat teruja dan yakin dalam meramalkan keuntungan yang meningkat untuk jualan PS5 pada tahun-tahun akan datang. Syarikat itu meramalkan peningkatan dalam jualan hampir 7%. Di samping itu, ramalan untuk jualan perkakasan adalah positif sementara terdapat ketidakpastian mengenai jualan PlayStation VR2.

Secara keseluruhan, syarikat itu memperoleh pendapatan $84.8 bilion dan keuntungan hampir $8.9 bilion. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version