Site icon TechNave BM

Promosi Ramadan Bertuah dengan HUAWEI, diskaun dan hadiah percuma bernilai RM219

HUAWEI Consumer Business Group (CBG) telah mengumumkan “Ramadan Bertuah dengan HUAWEI” di mana pelbagai jualan bertemakan Ramadan dan hadiah percuma sedia untuk dibawa pulang. Bermula semalam sehingga 23 April, HUAWEI menawarkan jualan Ramadan dengan diskaun dan hadiah percuma serta penjimatan sehingga RM219 untuk produk terpilih.

Selain itu, setiap pelanggan ke-10 yang membuat pembelian dalam tempoh kempen akan layak menerima hadiah misteri seperti HUAWEI Watch Fit (bernilai RM499) atau Pakej Hadiah Kecergasan & Kesihatan ( bernilai RM99). Pemenang akan diumumkan sepanjang bulan Ramadan di Laman Web Rasmi HUAWEI Malaysia.

Untuk layak menyertai peraduan cabutan bertuah, pelanggan perlu mematuhi arahan di bawah:

  1. Log masuk ke akaun anda di laman web rasmi HUAWEI Malaysia
  2. Lengkapkan pesanan anda pada mana-mana Produk HUAWEI melalui laman web rasmi
  3. Hanya satu penyertaan akan diterima setiap individu
  4. Pemenang akan diumumkan setiap minggu sepanjang bulan Ramadhan

Berikut merupakan promosi untuk pembelian produk terpilih:

TELEFON PINTARPROMOSI ISTIMEWA
HUAWEI nova 10 ProHUAWEI Band 7 percuma bernilai RM219
HUAWEI nova 10HUAWEI Band 7 percuma bernilai RM219
HUAWEI nova 10 SE HUAWEI Band 7 percuma bernilai RM219
JAM PINTARPROMOSI ISTIMEWA
HUAWEI WATCH GT 3 46mm Diskaun sehingga RM100
HUAWEI WATCH GT 3 42mmDiskaun sehingga RM200
HUAWEI WATCH GT 3 SEDiskaun sehingga RM100
HUAWEI WATCH FIT (Active)           Diskaun sehingga RM50
HUAWEI WATCH FIT (Leather)          Diskaun sehingga RM50
AUDIOPROMOSI ISTIMEWA
HUAWEI Freebuds Pro 2Diskaun sehingga RM50

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version