Site icon TechNave BM

83 juta video dan 7 bilion komen di YouTube telah dibuang kerana melanggar syarat

Dalam sebuah kenyataan dari blog rasminya, YouTube mengatakan mereka telah membuang 83 juta video dan tujuh bilion komen daripada platform perkongsian video itu kerana telah menyalahi garis panduan komuniti yang telah ditetapkan oleh YouTube. 94% daripada kandungan yang dibuang ini telah dibuang secara automatik dan 75% telah dibuang sebelum video itu mencapai 10 tontonan.

Bagi mengukur kadar peratusan video yang melanggar syarat dengan lebih tepat, YouTube menggunakan ukuran Violative View Rate (VVR) sejak 2017, sewaktu kadar VVR setinggi 0.7% yang bermaksud 7 daripada 1,000 tontonan datang daripada kandungan video yang menyalahi syarat. Kini, kadar VVR telah turun kepada 0.16% hingga 0.18% dengan bantuan daripada tenaga kerja YouTube yang semakin besar dan kemajuan dalam pembelajaran mesin (machine learning).

Graf penurunan VVR YouTube sejak 2017
Cara VVR YouTube diukur

Untuk mengukur VVR, YouTube mengambil sedutan pendek daripada setiap video dan penilai kandungan akan meneliti sedutan tersebut sama ada ia melanggar garis panduan komuniti YouTube. Daripada situ, saintis data YouTube menggunakan data yang diperolehi untuk mengira kadar VVR.

YouTube mengatakan mereka akan terus membangunkan polisi, meningkatkan pelaburan dan kekal telus dalam membuang kandungan yang bahaya dalam platform itu serta menurunkan kadar VVR. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: YouTube Blog

Exit mobile version