Site icon TechNave BM

85% isi rumah nikmati bil elektrik lebih rendah selepas penstrukturan tarif – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa majoriti pengguna domestik menikmati penurunan bil elektrik susulan pelaksanaan struktur tarif baharu yang mula berkuat kuasa baru-baru ini. Menurut beliau, lebih 85 peratus isi rumah mencatatkan bil elektrik lebih rendah berbanding sebelum ini walaupun berlaku penstrukturan tarif.

Keadaan itu disebabkan oleh penurunan kos bahan api yang sekali gus mengurangkan beban kepada pengguna domestik berpendapatan rendah dan sederhana. Melalui struktur tarif progresif yang diperkenalkan, pengguna domestik dengan penggunaan elektrik rendah dan sederhana menikmati sekitar 1,000 kWh sebulan atau kurang melalui sokongan subsidi.

Sebaliknya, pengguna dengan kadar penggunaan tinggi serta sektor industri menanggung sebahagian beban tambahan tarif. Perdana Menteri turut menasihatkan orang ramai agar menyemak bil masing-masing bagi melihat kesan penstrukturan tarif kerana ia berbeza bergantung kepada corak penggunaan setiap isi rumah.

Selain itu, pengguna turut digalakkan mengoptimumkan penggunaan tenaga termasuk mempertimbangkan pemasangan sistem solar fotovoltaik (PV) atau memanfaatkan skim Time-Of-Use (ToU) dengan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik pada waktu malam dan hujung minggu bagi menjimatkan kos.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version