Site icon TechNave BM

Huawei masih menjadikan ekosistem Android terbuka sebagai pilihan utama, tetapi tetap komited dengan HMS

In this Dec. 11, 2018, photo, a man browses his smartphone outside a Huawei store at a shopping mall in Beijing. Chinese telecom giant Huawei Technologies says its sales rose about 18 percent in 2019 despite U.S. pressure to restrict its business. The estimate came Tuesday, Dec. 31, 2019 in an annual New Year's message to employees. The letter predicts a difficult year in 2020, saying that the U.S. (AP Photo/Andy Wong)

Krisis di antara Huawei dan Amerika Syarikat (AS) sudah kita sedia tahu. Huawei bahkan seperti telah maju ke hadapan dengan menerima isu ini dan mencuba menyelesaikan kemelut ini dengan membina ekosistem tersendiri, Huawei Mobile Services (HMS).

Sumber melaporkan salah seorang eksekutif Huawei, Wang Fei telah menyatakan bahawa Huawei tiada perancangan untuk kembali menggunakan servis Google walaupun lesen tersebut dapat dimiliki kembali. Menurut sumber lagi, Fei jelasnya menyatakan Huawei ingin membebaskan syarikat daripada kebergantungan terhadap politik AS.

Walau bagaimanapun, pihak Huawei memberi respons rasmi mengenai pernyataan ini. Sebenarnya ekosistem Android terbuka masih lagi menjadi pilihan utama mereka. Namun, jika mereka masih tidak boleh menggunakannya, mereka mampu untuk membina ekosistem sendiri.

Terdahulu, Huawei rela melaburkan jumlah wang yang besar untuk menarik pembangun aplikasi. Huawei kelihatannya komited dan tekad untuk terus membangunkan HMS bagi menggantikan GMS.

Apa komen anda mengenai keputusan Huawei ini? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini dari dalam atau luar negara.

Sumber: GSMarena

Exit mobile version