Site icon TechNave BM

Acara Apple dilaporkan akan berlangsung pada 8 Mac ini

Apple mungkin merancang untuk mengadakan acara pengumuman pada 9 Mac. Apple dijangka mengumumkan peranti baharu termasuk model iPhone SE dengan sambungan 5G, iPad Air dan Mac Mini dengan cipset silikon Apple yang dikemas kini pada acara tersebut.

Selain itu, Apple dikatakan melepaskan kemas kini iOS 15.4 pada separuh pertama bulan Mac. iOS 15.4 (kini dalam beta awam) akan membenarkan iPhone yang menggunakan Face ID membuka kunci semasa memakai topeng muka, Kawalan Pelbagai (Universal Control) dan set emoji baharu.

Untuk acara Apple yang akan datang, iPhone SE yang dikemas kini dijangka tiba dengan rupa yang sama seperti SE semasa (2020) dengan kamera yang dikemas kini, set cip baharu dan sambungan 5G. iPad Air juga dikemas kini dengan cipset A15 Bionic, sambungan 5G dan paparan 10.9 inci.

Mac Mini baharu dikatakan tersedia dengan lebih banyak pilihan cipset silikon Apple seperti M1 Pro dan M1 Max atau M2. Walaupun acara pelancaran tinggal kira-kira sebulan lagi, sumber mangatakan bahawa acara itu boleh ditarik balik kerana kelewatan pembuatan cip.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version