Site icon TechNave BM

Acara Apple sah dilangsungkan 15 September ini: Pelancaran iPhone 12 dan banyak lagi

Lewat 8 September 2020, Apple telah mengumumkan bahawa sebuah acara rasmi Apple bakal berlangsung pada 15 September 2020, 10:00 am PDT (16 September 2020 1:00 am waktu Malaysia) secara digital. Acara yang ditunggu-tunggu ini diramal sebagai acara pelancaran beberapa barisan produk termasuk iPhone 12.

Apple masih belum mengumumkan produk teknologi apa yang bakal diperkenalkan, namun rata-rata sumber menjangkakan pengenalan siri iPhone 12 dan Apple Watch Series 6. Untuk pengetahuan anda, siri iPhone 12 yang bakal hadir pada tahun ini adalah menarik kerana ia dikatakan memiliki empat model; iPhone 12 5.4 inci, iPhone 12 6.1 inci, iPhone 12 Pro 6.1 inci dan iPhone 12 Pro Max 6.7 inci.

Sebagai makluman tambahan, anda mungkin akan dapat menyaksikan sendiri acara Apple ini secara langsung di laman webnya atau saluran tertentu yang bakal diumumkan kelak.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonton acara ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Mark Gurman Twitter

Exit mobile version