Site icon TechNave BM

Acara CES 2022 Samsung Keynote pada 4 Januari, mungkin lancarkan Galaxy S21 FE

Pada awal tahun ini, CES 2021 (Consumer Electronics Show) terpaksa dianjurkan secara dalam talian yang disebabkan wabak coronavirus dan kini, kembali secara fizikal. Samsung telah mengumumkan acara CES 2022 utamanya iaitu pameran perdagangan tahunan edisi 2022 yang akan berlangsung antara 5 dan 8 Januari di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Acara akan bermula pada 10.30 pagi pada 5 Januari dan boleh ditonton secara langsung di laman web Samsung serta saluran YouTube. Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Electronics Jong-Hee (JH) Han akan menyampaikan ucaptama syarikat itu bertemakan “Bersama untuk Esok” (Together for Tomorrow).

Menurut Samsung, ucaptama CES akan membentangkan hala tuju produk, perkhidmatan dan teknologi akan datang. Walaupun Samsung tidak memberi sebarang maklumat mengenai acara CES, kami menjangkakan mungkin terdapat beberapa pengumuman atau pameran produk. Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) merupakan calon model yang mungkin dipamerkan pada acara CES 2022 Samsung. Ia dikatakan akan mula dijual sejurus selepas acara tersebut tamat. 

Antara produk lain yang akan dipamerkan termasuk TV MicroLED, TV MiniLED dan TV QD-OLED serta peralatan rumah baharu. Selain itu, mereka juga mungkin mengumumkan beberapa telefon pintar kelas pertengahan siri Galaxy A.

Acara CES 2022 tinggal lebih daripada tiga minggu lagi. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version