Site icon TechNave BM

Acara Instagram ASUS ROG bermula 17 Disember, berpeluang menangi produk Moonlight White ROG

Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan hadiah ROG Winter Wonderland yang akan diadakan selama seminggu di halaman Instagram ROG bermula pada 17 Disember. Setiap hadiah yang ditawarkan menampilkan estetika ROG Moonlight White yang mencerminkan ais, salji dan awan musim sejuk.

Bagi mereka yang gemar menghiasi kawasan gaming, anda boleh dapatkan produk ini di laman web ROG untuk prestasi yang lebih baik. Pemenang produk ROG Moonlight White akan diumumkan pada 24 Disember ini.

Bagi mereka yang mengambil bahagian dalam kuiz dan tinjauan pendapat berpeluang memenangi tetikus gaming Strix Impact II Moonlight White, set kepala gaming Strix Go Core, papan kekunci gaming Strix Scope Moonlight White, penyejuk CPU AIO Strix LC 360 RGB White Edition, papan induk gaming Strix Z690-A untuk pemproses Intel Core Generasi ke-12, komputer riba gaming ROG Zephyrus G14 Moonlight White atau kad grafik Strix GeForce RTX™ 3080 White Edition.

Anda boleh lawati laman web ASUS ROG untuk maklumat lanjut tentang produk ASUS Moonlight White. Komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version