Site icon TechNave BM

Acara kemuncak Asia Pacific Predator League 2024 disertai 24 pasukan terbaik Dota 2 dan Valorant, tawarkan hadiah ~RM929,400

Jika anda peminat Dota 2 dan Valorant, berita ini mungkin menarik perhatian anda kerana acara kemuncak Asia Pacific Predator League 2024 akan bermula tidak lama lagi. Untuk pengetahuan, kejohanan ini akan mengumpulkan 26 pasukan terbaik untuk Dota 2 dan Valorant.

Kesemua pasukan akan bersaing untuk mendapatkan jumlah hadiah sebanyak $200000 (~RM929,400). Pemenang bagi setiap perlawanan akan memperolehi $65000 (~RM302,055). Naib juara akan pulang dengan $20000 (~RM92,940) manakala pemenang tempat ketiga dan keempat akan memperoleh $7500 (~RM34,852).

Liga Predator bermula pada tahun 2018 dan ia telah menjadi tempat kelahiran bakat-bakat e-sukan. Kejohanan ini akan diadakan selama 2 hari. Menariknya, ia juga menampilkan sesi bertemu dengan duta Predator dan persembahan oleh artis ikonik Filipina seperti Urbandub, AlJames, Ylona Garcia, UPeepz dan banyak lagi.

Acer turut mengumumkan negara tuan rumah seterusnya untuk kejohanan ini adalah Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version