Site icon TechNave BM

Acara khas KL Gangster dalam PUBG Mobile akan berlangsung sehingga 15 Ogos 2022

Para pemain PUBG Mobile di Malaysia kini boleh alami kandungan khas bertemakan filem KL Gangster dalam game tersebut. Ia akan berlangsung sehingga 15 Ogos 2022, di mana para pemain boleh memuat turun pek suara (Voicepacks) ikonik daripada filem itu yang dituturkan oleh Dato’ Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.

Dalam acara dalaman game (in-game event) bernama Gangster Street, pemain boleh memulakan Malek’s Redemption dengan melengkapkan misi khas selama 10 hari. Selepas ia dilengkapkan, pemain akan menerima pek suara Malek Basic Edition secara percuma yang mempunyai tiga petikan dialog oleh watak Malek.

Kemudian, pemain boleh melengkapkan misi Shark’s Takeover selama 10 hari untuk menerima pek suara Shark Basic Edition untuk tiga petikan dialog oleh watak Shark.

Untuk mendapatkan pek suara lanjut, pemain boleh membeli Enhanced Edition Voicepacks daripada kedai dalaman game, di mana ia mempunyai 12 petikan dialog tambahan.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan acara khas PUBG Mobile ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version