Site icon TechNave BM

Acara khas siri realme GT 2, kenalkan tiga inovasi pertama dunia pada 20 Disember ini

realme adalah antara jenama telefon pintar yang dikenali ramai dan akan mengadakan acara khas siri GT 2 pada 20 Disember secara global. Siri realme GT 2 adalah telefon pintar segmen andalan yang paling premium yang akan memasuki pasaran global dengan inovasi terkemuka.

Dengan teknologi canggih, mengikut reka bentuk terkini dan mesra pengguna telah menjadikan realme sebagai jenama telefon pintar termuda dalam Top 6 di seluruh dunia. Sebagai telefon andalan mewah pertama untuk realme, realme mahu memberikan tanggapan pertama yang baik untuk golongan muda dari segi teknologi dan inovasi. 

realme akan memperkenalkan tiga teknologi pertama dunia dalam siri GT 2 dalam acara ini termasuk bahan, fotografi dan komunikasi. Kami pasti akan kongsikan berita seterusnya kepada anda. Sementara itu, komen Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version