Site icon TechNave BM

Pelancaran Xiaomi Redmi Note 11 untuk pasaran Malaysia akan diadakan pada 10 Februari 2022

Baru-baru ini, Xiaomi Malaysia melalui sebuah kirimannya di Facebook telah memaparkan sebuah poster dengan butiran tentang pelancaran siri Xiaomi Redmi Note 11. Dalam kiriman itu turut disertakan masa, tarikh serta acara tersebut diadakan secara atas talian.

Acaran pelancaran peranti ini akan diadakan pada 10 Februari 2022 pukul 12 tengah hari. Untuk pengetahuan, siri Redmi Note 11 telah dilancarkan di China pada 26 Februari lalu. Kami menjangkakan peranti ini akan mendapat sambutan hangat kerana jika dilihat daripada trend pengguna di Malaysia, kebanyakan tertumpu (atau membandingkan) jenama daripada Xiaomi.   

Sekali lagi, ia mungkin mendapat perhatian daripada peminatnya yang berada di Malaysia. Sama-sama kita nantikan pada 10 Februari ini dan jangan lupa untuk kongsi pendapat anda di Facebook kami serta teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version