Site icon TechNave BM

Acara PlayStation 5 akan diadakan pada 12 Jun ini

Acara Sony PlayStation 5 (PS5) yang sepatutnya diadakan pada 4 Jun lalu kini telah dijadualkan semula pada Khamis, 11 Jun 9:00 malam BST (Jumaat, 12 Jun 4:00 pagi waktu Malaysia).

Ia bukanlah acara siaran langsung, sebaliknya ia sudah dirakam terlebih dahulu dan akan disiarkan secara 1080p dalam 30fps. Ini bagi memudahkan para pekerja Sony yang kini sedang bekerja dari rumah. Walaupun begitu, Sony jamin bahawa game yang ditunjukkan dalam acara itu akan nampak lebih cantik dalam 4K apabila ia dilancarkan kepada umum pada masa hadapan.

Untuk pengalaman yang lebih mengasyikkan, penonton disyorkan untuk mengenakan headphone sewaktu menonton acara PS5 nanti kerana terdapat audio khas yang telah dilaraskan untuk acara tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli PS5 apabila ia dilancarkan nanti dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PlayStation Blog

Exit mobile version