Site icon TechNave BM

Acara Samsung Galaxy Unpacked kedua 2023 akan diadakan di Seoul, Korea Selatan

Acara Samsung Galaxy Unpacked akan melancarkan Samsung Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 di Korea Selatan dan bukannya di Amerika Syarikat (AS) atau Eropah. Maklumat ini disahkan oleh Lee Young-hee, Presiden Pusat Pemasaran Global Samsung DX.

Lee Young-hee mengatakan acara Galaxy Unpacked akan diadakan di Seoul, Korea Selatan dan apabila ditanya tentang sebab menganjurkannya di Korea Selatan, Young-hee berkata “kerana Korea bermakna dan penting.”

Lee Young-hee tidak mendedahkan tarikh mahupun tempat acara Galaxy Unpacked, tetapi ia dijangkan akan diadakan pada 26 Julai di COEX di Gangnam-Gu, Seoul. Selain Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5, berkemungkinan juga syarikat itu akan melancarkan siri Galaxy Watch6.

Dalam pada itu, set kepala realiti campuran (Mixed Reality) telah dikhabarkan akan turut serta pada acara itu. Adakah Samsung akan melancarkan keempat-empat peranti ini atau lebih?

Sumber: Yoonhap News Agency

Exit mobile version