Site icon TechNave BM

Acara WWDC22 akan diadakan pada 7 Jun ini, Mac Pro juga mungkin diumum

Apple secara rasmi mengumumkan jadual untuk Worldwide Developers Conference (WWDC22). Ucaptama WWDC22 akan bermula pada 1:00 pagi waktu Malaysia pada 7 Jun ini. Ilustrasi iklan menggunakan lima emoji dengan warna yang berbeza. Tidak pasti sama ada lima emoji ini mewakili iOS, iPadOS, macOS, watchOS atau tvOS.

WWDC ialah acara besar untuk pembangun. Apple juga akan mengumumkan beberapa teknologi inovatif termaju pada persidangan WWDC. Pada masa yang sama, ia akan menyediakan peluang kepada pembangun untuk berkomunikasi dengan jurutera Apple dan menggunakan teknologi Apple untuk mempelajari cara mencipta aplikasi dan interaksi.

Bagi majoriti pengguna, iOS 16, iPadOS 16, macOS 13, watchOS 9 dan sistem lain yang baharu juga patut dinanti-nantikan dan Apple sebelum ini telah memberi pengacah tentang Mac Pro pada persidangan ini. Mungkin ianya bakal diumum pada persidangan WWDC22.

Sebagai tambahan kepada ucaptama, Apple akan menyediakan beberapa program dan ruang digital untuk para hadirin berkomunikasi semasa persidangan WWDC. Ia menjadikan WWDC22 acara yang benar-benar global.

Adakah anda menanti acara ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: CNMO

Exit mobile version