Site icon TechNave BM

Acer Aspire 14 AI dilancar di Malaysia: Intel Core Series 2, RAM 32 GB, SSD 1TB bermula RM3,999

Acer Malaysia hari ini memperkenalkan komputer riba baharu dalam siri Aspire iaitu Acer Aspire 14 AI. Komputer ini menawarkan prestasi AI yang tinggi dan dipakejkan dalam reka bentuk yang mesra alam dan mudah dibawa ke mana-mana.

Ia dilengkapi pemproses Intel Core Ultra Series 2 yang boleh menjana prestasi AI sehingga 40 TOPS untuk pelbagai tugasan berdasarkan AI. Selain itu, ia mempunyai skrin WUXGA berukuran 14 inci dengan nisbah aspek 16:10.

Acer mengatakan baterinya mampu bertahan sehingga 14 jam. Daripada segi ukuran dan berat, ia mempunyai ketebalan 16.9mm dan berat 1.4kg sahaja, membuatkannya mudah dibawa atau dimasukkan dalam beg. Luarannya turut dilengkapi pelbagai port I/O seperti port HDMI 2.1 dan dua port USB4 Type-C.

Sewaktu membuat panggilan video, ia mempunyai teknologi Acer Purified Voice yang menggunakan AI untuk mengurangkan bunyi bising di sekeliling dan menghasilkan audio yang lebih jelas untuk suara anda.

Komputer ini ditawarkan dalam dua varian spesifikasi iaitu:

Intel Core Ultra 7, RAM 32GB, storan SSD 1TB: RM4,699
Intel Core Ultra 5, RAM 16GB, storan SSD 512GB: RM3,999

Ia boleh dibeli daripada laman web Acer eStore, Shopee, Lazada atau mana-mana pengedar sah. Pelanggan yang membelinya sebelum 7 Mac 2025 akan menerima pemacu SanDisk Type-C 256GB (bernilai RM169).

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version