Site icon TechNave BM

Acer Aspire Vero National Geographic Special Edition dilancar di Malaysia, berharga RM4,299

Acer Malaysia telah melancarkan sebuah komputer riba edisi khas iaitu Acer Aspire Vero National Geographic Edition di mana komputer ini mempunyai badan yang dibina daripada bahan kitar semula untuk pengilangan yang lebih mesra alam. Bahan itu terdiri daripada plastik PCR sebanyak 30% yang dikitar semula dan digunakan pada komponen luaran komputer.

Selain itu, ia mempunyai pelbagai hiasan yang bertemakan alam sekitar. Di belakang skrin, ia mempunyai beberapa garisan yang melambangkan peta topografi, manakala kekunci spacebar pula mempunyai teks “For Planet Earth”. Logo petak kuning National Geographic pula berada di bahagian bawah kanan daripada papan kekunci.

Kotaknya pula boleh digunakan semula sebagai tongkat untuk mendirikan komputer ini atau dijadikan bahan hiasan untuk mencantikkan bilik pengguna. Bungkusan komputer ini dibuat daripada 85% kertas yang dikitar semula dan 100% plastik yang dikitar semula.

Berikut adalah spesifikasi penuh Acer Aspire Vero National Geographic Special Edition:

Pra-tempahan untuk komputer ini akan dibuka di Malaysia bermula 1 Mei 2022. Selain itu, Acer Aspire Vero versi standard juga akan dijual pada harga bermula RM3,699 untuk varian Intel Core i7 dan RM2,999 untuk varian Intel Core i5.

Selain itu, Acer juga menganjurkan program pertukaran (trade-in) di mana pelanggan boleh menerima rebat sehingga RM500 untuk komputer ini jika mereka membawa komputer lama mereka ke kedai Acer Concept Store.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version