Site icon TechNave BM

Acer Aspire XC dan Aspire TC dilancar di Malaysia: Intel Core Gen-13 dan RAM DDR4 32GB pada RM1,949

Hari ini, Acer Malaysia mengumumkan desktop Aspire XC dan Aspire TC baharu yang dilengkapi dengan cipset Intel Core Generasi ke-13. Aspire XC 8L sangat sesuai untuk penggunaan di rumah manakala Aspire TC 16L hadir dalam menara hitam dan mempunyai pemacu DVD-RW.

Cipset Intel Core ke-13 membolehkan pengkomputeran harian yang stabil dan kecekapan kuasa yang lebih baik. Dengan storan pemuatan pantas SSD sehingga 512GB untuk pengalaman pengkomputeran terbaik, kedua-dua desktop hadir bersama RAM DDR4 sehingga 8GB yang boleh ditingkatkan kepada 32GB berdasarkan keperluan pelanggan.

Aspire XC dan Aspire TC mempunyai Wi-Fi 6E wayarles yang lebih pantas, dan memberikan sambungan yang stabil. Di samping itu, ia turut menyediakan port Input dan Output yang mencukupi untuk memenuhi keperluan produktiviti pengguna.

Kedua-kedua desktop menggunakan sistem operasi Windows 11 Home. Siri Aspire XC dan Aspire TC dijual pada harga RM1,949 di Acer eStore dan kedai rasmi Acer di Shopee dan Lazada.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Facebook Acer Malaysia @AcerMalaysia atau hubungi talian maklumat produk Acer di 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau e-mel ama.marcom@acer.com.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version